the_AutHor Says:-

My photo
Have you ever wondered, what is our purpose in life. Why are we here on Earth, what will our destiny or fate be? To discover our destiny we must become aware of our true self. Who you are and what you want in life. So, I let people surounding me can judge myself, and hope a good thought from them :-) P/s:-dear readers, any suggestion and comment please do not hesistate to drop by via xerocion@gmail.com

@_@ ~nak tgk tv busan2 d opis~ double clicks at white screen..

TV3 Malaysia





























Monday, March 30, 2009

Erra Fazira Selamat Lahirkan Bayi Perempuan...


PETALING JAYA 30 Mac - Pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pukul 11.40 pagi ini di Hospital Pakar Damansara, Damansara, dekat sini.
Bayi seberat 4.04 kilogram yang diberi nama Engku Aleesya itu merupakan anak sulung Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik hasil perkahwinannya dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
"Alhamdulillah. Sudah tentu saya dan suami serta ahli keluarga gembira dengan kelahiran Engku Aleesya.
"Aleesya dijadual lahir pada 25 Mac lalu tetapi sudah terlebih lima hari. Oleh itu, kaedah induce digunakan.
"Tatkala melihat Aleesya dilahirkan pada pukul 11.40 pagi dan diletakkan di atas dada, saya rasa sangat sebak,'' kata Erra ketika ditemui di wad bersalin hospital berkenaan.
Menurut Erra, nama Engku Aleesya dipilih kerana ia memberi maksud 'yang dilindungi' dan sebutannya agak lembut berbanding dua lagi pilihan nama yang lain.
"Selepas ini saya akan bercuti selama dua bulan. Saya akan menjalani proses pantang secara tradisional. Aleesya pula akan dijaga oleh ibu dan ibu mertua saya secara bergilir-gilir.
"Habis sahaja pantang, sudah banyak kerja menanti antaranya sambungan drama bersiri Mertua vs Menantu musim kedua, proses menghasilkan album baru dan tawaran menjadi pengacara program kembara,'' katanya.
Ditanya apakah dirinya akan mendedahkan Aleesya ke dunia hiburan, Erra berkata, anaknya itu tidak akan digalakkan untuk menjadi artis.
"Biarlah Aleesya menceburi bidang lain. Bapa dia (Engku Emran) minat golf. Mungkin saya akan menyuruhnya melatih Aleesya menjadi seorang pemain golf," katanya.
Sementara itu usaha Utusan Malaysia untuk merakamkan gambar Aleesya tidak kesampaian apabila tidak dibenarkan Erra.
Jelas Erra, dia belum bersedia untuk membenarkan mana-mana media merakamkan gambar anaknya buat masa ini sehingga dirinya selesai menjalani pantang.
"Kami akan menjemput semua media ketika majlis cukur jambul nanti,'' jelasnya.
Dalam pada itu, Engku Emran berkata, dirinya bersyukur kerana Erra tidak mengalami sebarang komplikasi atau sakit yang kuat semasa melahirkan Aleesya.
"Saya berada di sisi sewaktu Erra melahirkan Aleesya. Apabila melihat Aleesya selamat dilahirkan, tiada perkataan yang dapat diungkap untuk menggambarkan betapa gembiranya hati saya.
"Seperti berada di dalam mimpi. Syukur kerana Allah mengurniakan kami seorang anak.
"Insya-Allah, kami akan mendidik Aleesya dengan sebaiknya,'' katanya.

No comments:

Post a Comment