the_AutHor Says:-

My photo
Have you ever wondered, what is our purpose in life. Why are we here on Earth, what will our destiny or fate be? To discover our destiny we must become aware of our true self. Who you are and what you want in life. So, I let people surounding me can judge myself, and hope a good thought from them :-) P/s:-dear readers, any suggestion and comment please do not hesistate to drop by via xerocion@gmail.com

@_@ ~nak tgk tv busan2 d opis~ double clicks at white screen..

TV3 Malaysia





























MoV!es~viDeo cLips~Mus!c via xeRoc_ Links

Saturday, April 18, 2009

Cara Mengetahui Kek Yang Mengandungi Arak

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya
kongsikan bersama pembaca semua. Saya pernah di lemparkan dengan kek
yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.Rasa bersalah
sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang
tidak halal kepada orang Islam yang lain. Dengan itu saya berhenti
kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi,yang boleh saya dapat rezeki
yang halal.
Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita
makan mengandungi bahan tersebut. Apabila kek yang ada wain, rasanya
seakan-akan masam sedikit. Puas saya fikirkan macaman nak
memperjelaskan lagi rasanya.ok la,pernah tak buat Sponge Cake ( Sponge
Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau
pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pep.. atau Coke.
Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada
wain. Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih
berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara
mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu,
berhati-hatilah membeli kek.

Royal wedding cakes in Kuwait







OMG!!! Nenek sapela nih...kuikuikui..



Lightning hitting Burj Dubai tower - 28 March 2009





It's all happening in Dubai....spectacular photos of 28th March night's storm... enjoy When lightning hit the world's tallest tower! For as long as half hour lightning hit the tower and the thunder sounded all over the neighouring areas! An unforgettable night!


Monday, March 30, 2009

UFO di Britain???



Imej empat objek menyerupai piring terbang (dalam bulatan) dilihat di ruang angkasa London.
London umum butiran penemuan objek tidak dikenali yang disaksikan penduduk ANTARA misteri yang masih belum terlerai sehingga ke hari ini adalah kewujudan objek tidak dikenali atau UFO. Malah, dakwaan kemunculan kelibatnya dalam bentuk piring terbang, terus dilaporkan hampir setiap tahun di serata dunia, khususnya di negara Barat yang sememangnya mempunyai kumpulan pemantau aktiviti ini.

Terbaru, kerajaan Britain minggu lalu mengumumkan dokumen rasmi 1,000 muka surat yang mencatatkan kejadian UFO bagi tempoh 1987 hingga 1993. Dokumen yang sebelum ini disenaraikan sebagai sulit, diumumkan kepada orang awam di Arkib Negara Britain, di Kew, bagi menolak dakwaan kononnya kerajaan mahu merahsiakan penemuan aktiviti UFO yang mencurigakan di negara itu. Tindakan kerajaan Britain itu hanya membangkitkan semula teka teki mengenai kewujudan UFO ini, bukan saja oleh rakyatnya malah penduduk negara lain yang sememangnya berminat dengan misteri di sebalik kewujudan piring terbang serta makhluk yang mengemudi pesawat berkenaan. Persoalannya apakah benar UFO ini wujud? Soalan itu sukar dijawab tetapi sekurang-kurangnya beberapa catatan didedahkan kerajaan Britain itu, boleh dijadikan alasan yang mengaitkan kewujudan UFO itu.

Catatan kejadian UFO yang dikesan itu turut membabitkan beberapa penemuan yang mendapat publisiti meluas media, tetapi belum diselesaikan sehingga ke hari ini. Biarpun kebanyakannya disenaraikan sebagai ‘misteri akibat fenomena semula jadi’ tetapi ada beberapa insiden didakwa mencetuskan kebimbangan kepada Kementerian Pertahanan Britain yang bertindak melancarkan siasatannya sendiri. Ini termasuk satu insiden yang berlaku pada 1990 di Scotland yang mana ramai saksi mendakwa melihat piring terbang serta kehadiran beberapa pesawat tentera. Malah imej yang dilihat sekurang-kurangnya tiga lelaki itu sempat dirakam akhbar Daily Record yang mengemukakannya kepada kementerian berkenaan. Saksi mendakwa ia berlegar-legar kira-kira 10 minit pada waktu siang dekat kawasan Calvine, utara Pitlochry pada 4 Ogos, 1994. Pada waktu sama, kata saksi, beberapa jet pejuang tentera turut kelihatan melintasi kawasan itu sebelum tiba-tiba hilang. Hasil analisis gambar itu mengenal pasti pesawat berkenaan sebagai jet pejuang Harier milik tentera udara. Namun, anehnya, ia tidak beroperasi pada waktu kejadian. Misteri itu menyebabkan Menteri Pertahanan ketika itu, Sir Archie Hamilton menyuarakan kebimbangan kerana membabitkan bukti jet Harier yang kelihatan jelas dalam negatif filem yang dirakam saksi. Setahun selepas kejadian, kementerian mengarahkan pakar menghasilkan lakaran UFO yang menepati gambaran saksi berkenaan. Bagaimanapun, usaha itu dilakukan secara rahsia dan hanya membabitkan pegawai tertentu atas alasan ia menyentuh perkara amat sensitif. OBJEK menyerupai piring terbang dilihat dari udara kota London.

Satu lagi kejadian yang disiasat kerajaan, membabitkan dakwaan seorang wanita kononnya beliau dihampiri seorang makhluk asing menyerupai manusia ketika melalui kawasan sunyi di pedalaman Norfolk. Mereka sempat bersembang selama 10 minit. Wanita yang dirahsiakan identitinya itu disiasat pihak berkuasa yang menyenaraikan kes itu sebagai antara kes ‘luar biasa.’ Kes lain UFO yang mendapat perhatian kerajaan Britain berlaku pada 31 Mac 1993 apabila 100 penduduk di kawasan West Country dan Ireland mendakwa melihat dua objek tidak dikenali yang mengeluarkan cahaya terang, merentasi langit malam. Kejadian itu juga, seperti kes lain, masih menjadi misteri yang belum terungkai sehingga ke hari ini. Apa yang pasti, kes yang diumumkan kerajaan Britain minggu lalu bukanlah catatan kecil misteri UFO yang belum terjawab, tetapi membuktikan kemunculannya masih lagi wujud, selaras peredaran masa. Hakikatnya, memang sukar difahami bagaimana kecanggihan teknologi masa kini masih sukar menelah atau merungkai misteri di sebalik piring terbang atau makhluk asing pelbagai rupa seperti didakwa saksi. Selagi misteri itu belum terjawab, selagi itulah kita akan terus dipaparkan catatan kejadian UFO yang terus menarik perhatian ramai yang mahukan jawapan kesahihan kewujudan makhluk asing itu.

INFO: UFO
Objek terbang yang tidak dikenali berlaku hampir di seluruh dunia. Saksi yang melihatnya mengenal pasti objek itu berupa piring terbang dan kapal angkasa dengan pelbagai reka bentuk, malah ada yang mendakwa terserempak dengan makhluk asing.

Ada pihak berpendapat sebahagian besar kejadian UFO adalah satu imaginasi seperti diakui pakar Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) yang menghentikan penyelidikan pada 1993 kerana menganggap 90 peratus kejadian UFO tidak benar.

Earth Hour - TNB records 550mw Drop!!!


KUALA LUMPUR, March 30-- Although the Earth Hour campaign last Saturday resulted in electricity consumption dipping by 550 megawatt, Tenaga Nasional Berhad (TNB) is not complaining.Rather, TNB accepts the hour-long campaign which began at 8.30pm, was for a good cause.The 550 megawatt is equivalent to 14 million fluorescent bulbs of 40 watt each."While this minor fall in demand will result in a slight shaving of our revenue, we accept that Earth Hour is for a good cause," said TNB president/chief executive officer Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh in a statement here today.He said, during the one-hour period of the energy conservation initiative, TNB staff were extra vigilant, in the event of untoward operational snags."Everything went on very smoothly and we were able to respond to the slightly lower demand, without any operational glitch."Demand peaked almost rapidly at 9.30pm, to follow the normal Saturday evening demand pattern," added Che Khalib.He said TNB was surprised by the support and appreciation demonstrated by many of its customers on the worldwide Earth Hour campaign.

Erra Fazira Selamat Lahirkan Bayi Perempuan...


PETALING JAYA 30 Mac - Pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pukul 11.40 pagi ini di Hospital Pakar Damansara, Damansara, dekat sini.
Bayi seberat 4.04 kilogram yang diberi nama Engku Aleesya itu merupakan anak sulung Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik hasil perkahwinannya dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
"Alhamdulillah. Sudah tentu saya dan suami serta ahli keluarga gembira dengan kelahiran Engku Aleesya.
"Aleesya dijadual lahir pada 25 Mac lalu tetapi sudah terlebih lima hari. Oleh itu, kaedah induce digunakan.
"Tatkala melihat Aleesya dilahirkan pada pukul 11.40 pagi dan diletakkan di atas dada, saya rasa sangat sebak,'' kata Erra ketika ditemui di wad bersalin hospital berkenaan.
Menurut Erra, nama Engku Aleesya dipilih kerana ia memberi maksud 'yang dilindungi' dan sebutannya agak lembut berbanding dua lagi pilihan nama yang lain.
"Selepas ini saya akan bercuti selama dua bulan. Saya akan menjalani proses pantang secara tradisional. Aleesya pula akan dijaga oleh ibu dan ibu mertua saya secara bergilir-gilir.
"Habis sahaja pantang, sudah banyak kerja menanti antaranya sambungan drama bersiri Mertua vs Menantu musim kedua, proses menghasilkan album baru dan tawaran menjadi pengacara program kembara,'' katanya.
Ditanya apakah dirinya akan mendedahkan Aleesya ke dunia hiburan, Erra berkata, anaknya itu tidak akan digalakkan untuk menjadi artis.
"Biarlah Aleesya menceburi bidang lain. Bapa dia (Engku Emran) minat golf. Mungkin saya akan menyuruhnya melatih Aleesya menjadi seorang pemain golf," katanya.
Sementara itu usaha Utusan Malaysia untuk merakamkan gambar Aleesya tidak kesampaian apabila tidak dibenarkan Erra.
Jelas Erra, dia belum bersedia untuk membenarkan mana-mana media merakamkan gambar anaknya buat masa ini sehingga dirinya selesai menjalani pantang.
"Kami akan menjemput semua media ketika majlis cukur jambul nanti,'' jelasnya.
Dalam pada itu, Engku Emran berkata, dirinya bersyukur kerana Erra tidak mengalami sebarang komplikasi atau sakit yang kuat semasa melahirkan Aleesya.
"Saya berada di sisi sewaktu Erra melahirkan Aleesya. Apabila melihat Aleesya selamat dilahirkan, tiada perkataan yang dapat diungkap untuk menggambarkan betapa gembiranya hati saya.
"Seperti berada di dalam mimpi. Syukur kerana Allah mengurniakan kami seorang anak.
"Insya-Allah, kami akan mendidik Aleesya dengan sebaiknya,'' katanya.