Bukannya ingin dipanjangkan lagi cerita tentang kontroversi gambar mesra di antara Zaefrul Nordin dan Azizah Mahzan, maklumlah masing-masing sudah tampil ke depan untuk menjelaskan keadaan. Tetapi apabila di baca kenyataan Norish Karman dalam Harian Metro hari ini, tergaru-garu kepala aku dibuatnya.
Menurut laporan tersebut, Norish menafikan pernah keluar makan malam bersama Zaefrul dan Azizah ketika di Langkawi, seperti yang dikatakan oleh Zaefrul kepada media. Jelasnya, jadual penggambaran begitu padat hinggakan tiada masa keluar bersama pelakon dan krew. Selesai saja penggambaran, dia akan terus balik ke bilik untuk berehat agar dapat memulakan penggambaran keesokan hari dalam keadaan segar.
Tambahnya lagi, bukan niatnya untuk melibatkan diri dalam kemelut ini tetapi apabila namanya dan pembantu peribadi dikaitkan, dia terpanggil untuk menjelaskan keadaan.
Gambar diatas dipercayai adalah gambar abang Faradhiya yang dikatakan menjalankan hubungan percintaan bersama bintang Spa Q, iaitu Norish Karman. Al hikayatnya Faradhiya tidak bersetuju abangnya bercinta dengan Norish Karman, kerana abangnya mampu mendapatkan wanita yang lebih muda & bergetah. Eh, Norish Karman pun muda & bergetah juga, sesuai lah tu! Apa-apa pun, abang kepada Faradhiya sangat macho, macam Michael Scoffield drama bersiri Prison Break.
No comments:
Post a Comment